Anjung Singgah YKN

Merupakan sebuah pusat intervensi sosial untuk membantu golongan gelandangan di Malaysia. Projek Anjung Singgah YKN dilaksanakan dengan sokongan pihak Kerajaan dalam usaha membantu golongan gelandangan bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk hidup berdikari. Anjung Singgah YKN menyediakan kemudahan tempat tinggal sementara, makan minum dan sebagai pusat intervensi bagi mempersiap sediakan mereka menempuhi cabaran hidup agar tidak  terpinggir daripada arus pembangunan negara. Orang perseorangan, Syarikat korporat dan sesiapa sahaja yang berminat untuk bersama-sama membantu golongan gelandangan adalah di alu-alukan. Pada masa ini Anjung Singgah telah diwujudkan dilokasi berikut:

i. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

ii. Kuching, Sarawak

iii. Johor Bahru, Johor

vi. Pulau Pinang

v. Perak