Bantuan MyKasih Kapital

PENGENALAN

Program Bantuan MyKasih Kapital merupakan salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan pada 8 Mac 2021 sempena Sambutan Hari Wanita . Program Bantuan MyKasih Kapital ini dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).

 

BANTUAN MYKASIH KAPITAL:

Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan. Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship dan lain-lain perniagaan.

 

OBJEKTIF:

  1. Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  2. Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  3. Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

 

SYARAT KELAYAKAN:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  2. Golongan wanita sahaja
  3. Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
  4. Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  5. Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  6. Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

 

MAKLUMAT PROGRAM:

  1. Pemohon yang layak akan dihubungi secara berperingkat oleh pihak urus setia bagi mengikuti kursus keusahawanan yang telah disediakan.