Maklumat Korporat

Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) merupakan sebuah tabung kebajikan yang ditadbirkan oleh Lembaga Pemegang Amanah dan di bawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. YKN diperbadankan pada 5hb Disember 1981 berdasarkan surat kelulusan Y.A.B Perdana Menteri di bawah Ordinan Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dan telah dilancarkan oleh D.Y.M.M SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG VII pada 6hb April 1982. Pentadbiran YKN dikawalselia oleh Suratikatan Amanah bertarikh 18 Jun 1981.

Visi

​​​​​​Membantu usaha kerajaan membangunkan anggota masyarakat khususnya golongan yang berkeperluan berteraskan modaliti penjanaan modal insan.

Misi

​​​​​​Menjalin perkongsian bijak dengan pelbagai sektor ke arah memajukan taraf hidup dan keselesaan golongan yang memerlukan.

Definisi Logo

Logo YKN berasaskan cap jari yang  melambangkan ketelusan serta akauntabiliti pengurusannya. Huruf ‘M’ berwarna keemasan dilakar dalam bentuk hati membayangkan komitmen YKN kearah pembentukan masyarakat penyayang berteraskan nilai-nilai murni dan keprihatinan serta kehalusan budi. Warna ungu melambangkan semangat kerjasama dan pengamalan budaya saling membantu rakyat Malaysia  yang menjadi paksi yang dinamis kepada pencapaian YKN untuk membantu golongan yang memerlukan.