Objektif
Memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga. Untuk mencapai tujuan tersebut Yayasan Kebajikan Negara telah menggariskan beberapa objektifnya seperti yang berikut:
i. Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan pertolongan melalui peruntukan kewangan dan pelbagai perkhidmatan kebajikan, kesihatan dan pendidikan.
ii. Menggalakkan serta memberikan penekanan khusus di dalam usaha memupuk perkhidmatan kebajikan keluarga dan kanak- kanak.
iii. Menggalak serta membantu perkembangan pertubuhan kebajikan sukarela yang berusaha meningkatkan kualiti rakyat Malaysia dan mempunyai tujuan sehaluan dengan tujuan YKN.
iv. Menyebarkan maklumat dalam bidang kebajikan masyarakat.
v. Menganjurkan kehadiran peserta-peserta ke seminar, persidangan dan bengkel-bengkel yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat.
vi. Menggalak serta menganjurkan penyelidikan dalam bidang kerja-kerja kemasyarakatan.