Pusat Sokongan Sosial Setempat
Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) merupakan pusat rujukan khusus yang menyediakan perkhidmatan psikososial termasuk intervensi serta bimbingan kaunseling secara bersemuka oleh kaunselor berdaftar YKN bagi memberi kelegaan segera (immediate relief) kepada klien, di samping membantu membuat rujukan
bantuan berkaitan isu yang dihadapi
Informasi Lanjut
Pengoperasian PSSS ini turut melibatkan penyertaan Sukarelawan Kaunselor Berdaftar yang berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) bagi memperkasa komuniti melalui psikososial dan aktiviti bimbingan selain usahasama melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai rakan strategik.
Penerima Manfaat : 134,395 Klien (Oktober 2021 hingga September 2025)
OBJEKTIF PSSS
Perkhidmatan Psikososial Holistik
menawarkan perkhidmatan psikososial yang holistik kepada kumpulan sasar Kementerian
Akses Maklumat & Kebajikan
menyediakan akses kepada informasi dan perkhidmatan kebajikan dan kaunseling
Pusat Rujukan & Bantuan Segera
berperanan sebagai tempat rujukan setempat untuk mengemukakan aduan dan pertanyaan, memperoleh maklumat dan nasihat, mendapatkan perkhidmatan segera seperti kaunseling serta transit sementara yang berbentuk immediate relief.
Kerjasama Menangani Isu Sosial
menggerakkan usaha whole of government serta whole of society dalam membendung masalah sosial dan menawarkan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan
Lampiran Gambar