TINJAUAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN DI TAPAK KEBAKARAN GERAI BAGAN LALANG.
Ogos 9, 202213 APRIL 2021 – SEMASA 4 – INISIATIF YKN GELANDANGAN DAN OKU DITAWAR TAPAK BERNIAGA SECARA PERCUMA
Ogos 9, 2022Liked
Sumber video dari RTM
Peka dengan keperluan warga kota yang bekerja dan tidak sempat ke dapur menyediakan juadah berbuka, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meneruskan inisiatif mengadakan Bazaar Ramadan di stesen-stesen terpilih untuk kemudahan dan keselesaan para pelanggan Rapid KL.
Inisiatif Bazaar Ramadan ini juga adalah satu program tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh Prasarana di bawah pendekatan kongsi rezeki di mana Prasarana berkongsi platform, sumber dan pengetahuan untuk membantu rakyat, yang menjadi penyokong kuat kepada industri pengangkutan awam negara.
Dalam memilih para peniaga untuk tapak-tapak bazaar, PRIDE mengadakan kolaborasi dengan agensi-agensi terpilih yang mempunyai program-program khusus bagi membantu usahawan yang terkesan teruk dengan pandemik COVID-19. Untuk operasi di Stesen LRT Kelana Jaya, Prasarana bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara (YKN), yang membantu para peniaga daripada golongan gelandangan di bawah program Program Bimbingan Niaga (PEMBINA).
Di bawah program PEMBINA ini, Yayasan berkenaan membantu menyediakan latihan dan bimbingan kepada golongan gelandangan untuk berdikari dan membina hidup baru dengan menceburi bidang perniagaan.
Embed
<iframe src="https://yknm.org.my/wp-content/plugins/dzs-videogallery/bridge.php?action=view&dzsvideo=5860" style="width:100%; height:300px; overflow:hidden;" scrolling="no" frameborder="0"></iframe>