Takbir Malam Raya Aidiladha di Anjung Kelana Kuala Lumpur
Ogos 9, 2022
RM 20 Juta Untuk Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU)
Ogos 9, 2022
Takbir Malam Raya Aidiladha di Anjung Kelana Kuala Lumpur
Ogos 9, 2022
RM 20 Juta Untuk Program Jaringan Inisiatif Umum (JITU)
Ogos 9, 2022
LikeLiked
About
Pada 24 June 2021 usaha menyampaikan bantuan Bakul Makanan kepada kumpulan sasar diteruskan. Kali ini, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun meninjau penghantaran sumbangan Bakul Makanan yang diterbangkan ke Wilayah Persekutuan Labuan. Ini bagi membantu penduduk yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Inisiatif ini adalah salah satu usaha Kementerian bagi merealisasikan Pelan Pemulihan Negara dalam memutuskan rantaian COVID-19. Sebanyak 14,000 unit Bakul Makanan berupa barangan keperluan asas dihantar ke Labuan secara bersasar. Kementerian melalui JKM bertanggungjawab bagi menguruskan Bakul Makanan serta keperluan asas kepada penduduk kawasan yang diwartakan PKPD. Inisiatif ini tidak terhenti setakat itu sahaja, JKM juga menjadi pemudah cara terhadap penyediaan keperluan khas seperti ubat-ubatan, susu bayi serta barangan lain yang dikategorikan perlu bagi penduduk yang terjejas. Sesungguhnya Kementerian amat prihatin dengan kebajikan rakyat khususnya kumpulan sasar. Tatkala, PKPD dilaksanakan demi membantu sistem perkhidmatan kesihatan Negara, kebajikan dan kesihatan penduduk turut diambil tahu. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang dihadapi penduduk.
Share

Embed
<iframe src="https://yknm.org.my/wp-content/plugins/dzs-videogallery/bridge.php?action=view&dzsvideo=5877" style="width:100%; height:300px; overflow:hidden;" scrolling="no" frameborder="0"></iframe>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *