Pasukan Sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara Malaysia

Sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung antara YKN dengan komuniti setempat. Melalui semangat kesukarelawanan yang tinggi, Sukarelawan ini membantu menjayakan pelbagai inisiatif sosial dan kebajikan yang dilaksanakan di seluruh negara.

Informasi Lanjut

Sukarelawan ini bukan sahaja berperanan menyampaikan bantuan fizikal, tetapi turut menjadi agen sokongan emosi dan moral kepada mereka yang memerlukan. Antara pasukan sukarelawan yang digerakkan termasuk Sukarelawan Banjir, yang bertindak membantu mangsa bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh melalui misi pembersihan, agihan bantuan kecemasan serta sokongan psikososial pasca bencana.

Melalui skim ini, diharapkan mangsa dan keluarga dapat merasakan keprihatinan serta sokongan masyarakat, sekali gus membantu mereka untuk bangkit dan meneruskan kehidupan dengan lebih tabah. Selain itu, Sukarelawan Komuniti pula aktif dalam program kemasyarakatan, di mana mereka bersama penduduk tempatan berganding bahu membina kemudahan asas seperti tandas dan bilik mandi, menyampaikan bakul makanan serta menganjurkan program kesedaran kesihatan dan kesejahteraan sosial.