Pautan Pendaftaran
Aktiviti Kesukarelawan YKN
Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara. Sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung antara YKN dengan komuniti setempat. Melalui semangat kesukarelawanan yang tinggi, Sukarelawan ini membantu menjayakan pelbagai inisiatif sosial dan kebajikan yang dilaksanakan di seluruh negara. Sukarelawan ini bukan sahaja berperanan menyampaikan bantuan fizikal, tetapi turut menjadi agen sokongan emosi dan moral kepada mereka yang memerlukan.
Program Khas Komuniti
Menyokong program pembangunan komuniti
Program Bersama Masyarakat
Mengendalikan aktiviti bersama kanak-kanak, warga emas dan OKU
Program Bantu Mangsa Bencana
Membantu dalam program bantuan bencana dan kecemasan