12 Januari 2025 (Ahad)
Sibu, Sarawak
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Puan Nordina Haron mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri ke Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang. kompleks Kebajikan menempatkan seramai 60 kanak-kanak terdiri daripada 24 perempuan dan 36 lelaki. YB Dato’ Seri Hajah Nancy merangkap Pengerusi YKN telah menyampaikan sumbangan Bantuan Kasih Prihatin (BKP) kepada anak-anak di Kompleks Kebajikan ini. Semoga sumbangan ini dapat terus membantu anak-anak agar mereka terus maju dalam pembelajaran.






