Paradise Beach Trombol, Kuching menyaksikan semangat kesukarelawanan, kepedulian sosial dan kecintaan terhadap alam sekitar diterjemahkan melalui Program Pengenalan Sahabat PSSS YKN: Mahasiswa Prihatin & Jejak Hijau:Selamatkan Pantai dan Laut Kita.

Program yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) ini menghimpunkan mahasiswa daripada UiTM Sarawak, CENTEXS, dan iCATS  bersama komuniti setempat dalam pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Melalui pengenalan Program Sahabat PSSS YKN: Mahasiswa Prihatin, golongan mahasiswa diberi peluang untuk menjadi sukarelawan dan rakan sokongan awal dalam membantu masyarakat mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS).

Pada masa yang sama, aktiviti Jejak Hijau turut menyemarakkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan pantai dan memelihara khazanah alam sekitar untuk generasi akan datang.

Terima kasih kepada Persatuan Wanita Rantau Pasifik dan Asia Tenggara (PPSEAWA) Cawangan Sarawak, JKKK Kampung Trombol, institusi pendidikan, sukarelawan, mahasiswa serta semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini.

Bersama kita membina masyarakat yang lebih prihatin, penyayang dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan komuniti serta kelestarian alam sekitar.