

PUTRAJAYA, 5 Januari 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Puan Nordina Haron bersama warga kerja YKN telah mengikuti Majlis Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri serta Amanat Tahun Baharu 2026 yang disampaikan secara maya di lobi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Dalam amanat tersebut, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam, hala tuju negara bagi tahun 2026 serta pencapaian Kerajaan MADANI. YKN kekal komited untuk terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan kebajikan yang inklusif, berintegriti dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.




