

PUTRAJAYA, 6 Januari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menerima kunjungan YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena sesi libat urus bersama kepimpinan dan warga kerja YKN.
Dalam sesi tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Nordina Haron telah membentangkan peranan, perkhidmatan serta pelbagai inisiatif kebajikan yang dilaksanakan oleh YKN. YB Timbalan Menteri turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha berterusan YKN dalam menyantuni masyarakat serta menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama strategik bagi memperluaskan impak program kebajikan kepada rakyat.
Kunjungan tersebut turut memberi peluang kepada YB Timbalan Menteri untuk beramah mesra dan bertukar pandangan secara langsung bersama warga kerja YKN.





