

KUALA SUNGAI BARU, MELAKA, 12 Januari 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Puan Nordina Haron bersama pegawai Bahagian Projek dan Pembangunan Insan serta kakitangan YKN Zon Selatan telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Islam Melaka (UNIMEL).
Pertemuan ini susulan kunjungan pihak UNIMEL ke Ibu Pejabat YKN pada 7 Januari 2026 yang lalu, bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Sesi perbincangan tersebut membuka ruang penerokaan kolaborasi dalam bidang pembangunan insan dan kebajikan sosial yang berpotensi memberi manfaat kepada kumpulan sasar YKN.





