

KUCHING, SARAWAK, 15 Januari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) meneruskan komitmen menyantuni masyarakat melalui penyertaan dalam Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Kampung Buntal, Kuching yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Nordina Haron turut hadir menyaksikan pelaksanaan inisiatif tersebut yang bertujuan merapatkan jurang pembangunan serta memperkasa kesejahteraan komuniti luar bandar.
Dalam program ini, YKN turut membawa perkhidmatan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bagi mendekati masyarakat melalui sokongan psikososial, sesi kaunseling, perkongsian ilmu serta perkhidmatan bergerak bersama rakan strategik.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen YKN untuk memperluaskan akses perkhidmatan kebajikan dan sokongan sosial secara lebih dekat kepada komuniti.





