

KUCHING, SARAWAK, 17 Januari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) meneruskan usaha mendekati masyarakat melalui Program Khidmat Komuniti YKN dan Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) “Kamek Nengar, Kamek Nulong” di Surau Darul Ehsan, Kampung Bintawa Tengah.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN, serta turut memperkenalkan perkhidmatan PSSS berkaitan sokongan psikososial dan kesejahteraan mental kepada komuniti setempat.
Selain aktiviti khidmat komuniti, program ini turut melibatkan pameran perkhidmatan agensi KPWKM serta Truk PSSS bagi mendekatkan akses bantuan dan sokongan kepada masyarakat.





