

BANTING, SELANGOR, 21 Januari 2026 – Kelab Staf Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menganjurkan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kelab Staf YKN Sesi 2026/2027 yang berlangsung dengan lancar.
Mesyuarat tersebut turut membentangkan laporan aktiviti dan sumbangan kelab bagi sesi 2024/2025 serta melibatkan pemilihan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2026/2027.
Penganjuran mesyuarat ini menjadi platform memperkukuh peranan Kelab Staf YKN dalam menjaga kebajikan ahli, selain mengeratkan hubungan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja YKN.





