

DENGKIL, SELANGOR, 23 Januari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Kolej Komuniti Selayang bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam pelaksanaan program kemahiran yang memberi manfaat kepada kumpulan sasar YKN.
Sesi tersebut memberi fokus kepada pengenalan Kolej Komuniti Selayang serta program kemahiran yang ditawarkan sebagai asas kepada potensi kolaborasi dalam bidang pembangunan insan dan peningkatan keupayaan komuniti.
Perbincangan telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Nordina Haron bersama barisan pengurusan kanan dan pegawai YKN yang berkaitan.





