

SARAWAK, 2 Februari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menyalurkan Bantuan Kasih Prihatin (BKP) kepada dua pesakit kanser kronik di Kampung Muara Tebas, Kuching dan Kampung Sebat Baru, Sematan, Sarawak menerusi Program Ziarah Kasih YKN.
Bantuan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN, hasil rujukan Pejabat YKN Zon Sarawak.
Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban penerima yang sedang menjalani rawatan, dengan kerjasama strategik bersama AMAL dalam memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.



