PROGRAM MINDNESS TOUR KAUNSELING KASIH PSSS DAN KHIDMAT KOMUNITI YKN SANTUNI KOMUNITI DEMAK LAUT

KUCHING, SARAWAK, 8 Februari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menganjurkan Program Mindness Tour Kaunseling Kasih PSSS “Kamek Nengar, Kamek Nulong” dan Program Khidmat Komuniti YKN di Surau Taman Sepakat Jaya, Demak Laut bagi memperkukuh kesejahteraan sosial dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental.

Program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN. Selain aktiviti gotong-royong dan mengecat surau serta pertandingan mewarna, YKN turut menyediakan perkhidmatan psikososial melalui Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) yang menawarkan kaunseling, khidmat nasihat dan sokongan emosi kepada komuniti.

Kaunselor YKN bersama LPPKN dan JKM turut mengadakan sesi perkongsian bagi memperkenalkan pelbagai perkhidmatan dan bantuan yang disediakan kepada penduduk setempat.