PROGRAM MINDNESS TOUR KAUNSELING KASIH PSSS “KAMEK NENGAR, KAMEK NULONG” KAMPUNG SELABAT

KUCHING, SARAWAK, 21 Februari 2026 – YKN telah menganjurkan Program Mindness Tour Kaunseling Kasih PSSS “Kamek Nengar, Kamek Nulong” di Dewan Serbaguna Kampung Selabat, Kuching sebagai usaha memperluaskan akses kepada perkhidmatan sokongan psikososial dalam kalangan komuniti setempat.

Menerusi inisiatif Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS), YKN menyediakan pelbagai perkhidmatan psikososial melalui Mobile PSSS dan reruai pameran bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesejahteraan mental serta perkhidmatan sokongan yang disediakan.

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN, bersama Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Nordina Haron, turut menyampaikan bakul makanan sempena Ramadan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) bagi membantu meringankan beban menjelang bulan Ramadan.