PROGRAM MINDNESS TOUR KAUNSELING KASIH PSSS “KAMEK NENGAR, KAMEK NULONG”  KAMPUNG TEMENGGONG

KUCHING, SARAWAK, 21 Februari 2026 – YKN meneruskan Program Mindness Tour Kaunseling Kasih PSSS “Kamek Nengar, Kamek Nulong” di Masjid Darul Halim, Kampung Temenggong sebagai usaha memperkukuh sokongan psikososial dan kebajikan kepada komuniti setempat.

Menerusi inisiatif Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS), YKN menyediakan perkhidmatan psikososial kepada masyarakat yang hadir bagi meningkatkan kesejahteraan emosi dan sosial, selaras dengan usaha memperluaskan akses kepada perkhidmatan sokongan komuniti.

Dalam program yang sama, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN, telah menyampaikan bakul makanan kepada golongan asnaf hasil tajaan Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA). Turut hadir ialah Presiden PEKEMA Cawangan Sarawak, Dato’ Haji Ismail bin Abang Saufi.