PROGRAM IBADAH KORBAN SEMPENA AIDILADHA 1447H SANTUNI KOMUNITI TAMAN MESRA BAKO

KUCHING, SARAWAK, 28 Mei 2026 (Khamis) – YKN telah menganjurkan Program Ibadah Korban sempena Sambutan Aidiladha 1447H dengan kerjasama dan sokongan Syarikat Hyraxx Oil Sdn. Bhd. serta Shapadu Energy Services di Surau Al Falah, Taman Mesra Bako.

Majlis ibadah korban telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN. Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan, manakala daging korban diagihkan kepada penduduk sekitar Taman Mesra Bako bagi menyemarakkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan amalan berkongsi rezeki sempena Aidiladha.

Program ini mencerminkan komitmen YKN bersama rakan strategik sektor korporat dalam memperkukuh budaya kebajikan dan menyantuni masyarakat melalui inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.