Anjung Kasih YKN

Anjung Kasih YKN merupakan projek Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang dilaksanakan oleh Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKNM) dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Informasi Lanjut

Anjung Kasih YKN berfungsi sebagai tempat penginapan sementara bagi waris pesakit yang mengiringi ahli keluarga menerima rawatan di hospital berkonsepkan Selesa, Selamat dan Berkualiti. Anjung Kasih YKN dilengkapi dengan bilik tidur yang selesa serta kemudahan asas lain. Anjung Kasih YKN ditawarkan secara percuma demi meringankan beban keluarga pesakit.

Kategori Kumpulan Sasar yang layak menginap di
Anjung Kasih

Status Kewarganegaraan

Warganegara Malaysia

01

Latar Belakang Ekonomi

Waris pesakit yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan

02

Jarak Tempat Tinggal

Waris pesakit tinggal di kawasan yang jauh daripada hospital

03

Kekangan Pengangkutan

Waris pesakit yang tidak mampu menampung kos pengangkutan ulang-alik ke hospital

04

Keterbatasan Penginapan

Waris pesakit yang tidak mampu menyewa hotel atau bilik penginapan

05

Keperluan Rawatan

Pesakit yang menerima rawatan susulan yang tinggal jauh dari hospital

06

Kemudahan yang disediakan

Anjung Kasih YKN direka dengan susun atur yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan harian waris pesakit sepanjang penginapan. Ia menyediakan ruang yang sesuai untuk beristirahat, mengurus keperluan diri, menikmati hidangan serta menjalankan aktiviti harian dengan selesa. Kemudahan khas turut disediakan bagi individu berkeperluan khas, selain ruang sokongan seperti kaunseling dan pemeriksaan kesihatan. Aspek keselamatan juga diberi perhatian melalui pemantauan yang rapi, manakala ruang ibadah dan aktiviti disediakan bagi memastikan kesejahteraan fizikal dan emosi penghuni sentiasa terpelihara.

Lampiran Gambar