Anjung Sinar
Anjung Sinar merupakan satu inisiatif yang diwujudkan bagi membantu anak-anak lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik dan cemerlang, sekali gus memberi impak positif kepada perkembangan serta pembangunan diri secara seimbang daripada aspek emosi, jasmani, intelek dan rohani.
Informasi Lanjut
Melalui program ini, Anjung Sinar memberi tumpuan kepada pemerkasaan dan kesejahteraan kanak-kanak lepasan institusi JKM dengan menyediakan peluang melanjutkan pendidikan tinggi, bantuan kos sara hidup, akses kepada peluang pekerjaan, latihan kemahiran serta keperluan lain yang bersesuaian.
Inisiatif ini juga memberi perhatian khusus kepada lepasan institusi yang tiada keluarga (sebatang kara), daripada keluarga kurang berkemampuan atau tidak mempunyai tempat tinggal, dengan menyediakan perlindungan sementara sehingga mereka berupaya berdikari.
Kerangka Modul Anjung Sinar
FASA TRANSISI
FASA TRANSFORMASI
FASA INTEGRASI
Lampiran Gambar