Anjung Singgah YKN
Anjung Singgah merupakan sebuah pusat rujukan bantuan sosial dan intervensi yang diwujudkan bertujuan membantu golongan gelandangan produktif. Perkhidmatan yang disediakan meliputi tempat penginapan sementara dan bantuan pekerjaan melalui kerjasama
pelbagai agensi kerajaan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan.
Kategori Gelandangan Yang Layak Menginap
Di Anjung Singgah
Individu yang layak mestilah warganegara Malaysia yang menyertai secara sukarela, berumur 18 tahun ke atas, sihat dan mampu menjalani kehidupan secara produktif. Permohonan boleh dibuat melalui rujukan daripada agensi kerajaan, NGO atau individu. Selain itu, keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak berkemampuan menyewa tempat tinggal, tidak mempunyai pekerjaan untuk meneruskan kehidupan, serta individu yang terkandas akibat kehilangan pekerjaan atau menjadi mangsa penipuan agen pekerjaan.
Proses Intervensi di Anjung Singgah
Gelandangan produktif atau rujukan dari agensi /NGO
Gelandangan mendaftar masuk di Anjung Singgah
Menjalani sesi intervensi yang dijalankan di Anjung Singgah
Mengikuti Program Job Matching dan dirujuk kepada kepada Jabatan/ Agensi/ NGO/ Syarikat yang berkaitan bagi bantuan kebajikan yang bersesuaian
Penghuni diintegrasikan ke dalam masyarakat melalui padanan pekerjaan yang bersesuaian atau pulang ke pangkuan keluarga
Kemudahan yang disediakan
- Kaunter Pendaftaran
- Asrama Penginapan
- Ruang Menunggu
- Bilik Kaunseling
- Ruang Rehat
- Ruang Solat
- Ruang Aktiviti
- Dewan Makan
- Bilik Mandi dan Tandas
- Ruang Membasuh Pakaian
- Bilik Pemeriksaan Kesihatan
Senarai Aktiviti Di Anjung Singgah YKN
- Bimbingan & Kaunseling
- Kerohanian & Motivasi
- Pembentukan Disiplin Diri
- Kenali Potensi Diri
- Program Pembangunan Kemahiran
- Padanan Kerjaya (Job Matching)
- Rujukan Bantuan Kebajikan
- Bantuan Penempatan ke Institusi Kebajikan
- Bantuan Kewangan (Baitulmal/Zakat)
- Pemberian Makanan, Pakaian dan Keperluan Peribadi
- Program Komuniti (Sukarelawan)
Lampiran Gambar