Bantuan Peralatan Kesihatan

Bantuan Peralatan Kesihatan merupakan inisiatif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang bertujuan membantu individu atau keluarga berpendapatan rendah yang memerlukan peralatan perubatan asas bagi meneruskan rawatan dan penjagaan kesihatan.

Informasi Lanjut

Antara bantuan yang disalurkan termasuk alat prostetik seperti kaki palsu atau tangan palsu, katil khas bagi pesakit terlantar, kasut khas, cermin mata, kerusi roda biasa serta kerusi roda khas. 

Melalui bantuan ini, YKN berusaha meningkatkan kualiti hidup penerima, memudahkan urusan penjagaan pesakit serta meringankan beban kewangan keluarga yang terkesan akibat masalah kesihatan atau kecacatan fizikal.