Bantuan Peralatan Pendidikan

Bantuan Peralatan Pendidikan merupakan inisiatif berbentuk bantuan peralatan pendidikan yang disediakan bagi membantu pelajar daripada kumpulan sasar daripada keluarga kurang berkemampuan membuat persediaan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Informasi Lanjut

Melalui bantuan ini, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) berhasrat untuk memastikan setiap pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran di samping memberi galakan kepada golongan muda untuk mencapai kejayaan akademik dan membina masa depan yang lebih cerah.