ELLA SERAH SUMBANGAN RM100,000 KEPADA YKN PADA PERHIMPUNAN BULANAN KPWKM

PUTRAJAYA, 8 Januari 2026 – Majlis Apresiasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Perhimpunan Bulanan Bilangan 1 Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh bermakna apabila Ratu Rock Negara, Ella, menyerahkan sumbangan pakaian jenama Rockqueen bernilai RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Sumbangan tersebut disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Nordina Haron dan disaksikan oleh YB Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri KPWKM; serta Ketua Setiausaha KPWKM.

Penyerahan sumbangan ini merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara Ella dan YKN dalam menyokong pelaksanaan program kebajikan yang memberi manfaat kepada golongan memerlukan. Majlis turut diserikan dengan penampilan khas Ella yang menyampaikan persembahan istimewa kepada warga KPWKM, jabatan dan agensi di bawah kementerian.