PERHIMPUNAN BULANAN YKN BILANGAN 2 TAHUN 2026

PUTRAJAYA, 9 Februari 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Puan Nordina Haron, telah menyampaikan amanat kepada warga kerja sempena Perhimpunan Bulanan YKN Bilangan 2 Tahun 2026 yang diadakan secara hibrid.

Dalam amanatnya, beliau menekankan kepentingan memperkasa potensi dan keyakinan diri warga kerja, memperluaskan hebahan mengenai peranan serta perkhidmatan YKN, di samping mempergiat usaha penjanaan dana melalui pengukuhan jaringan rakan strategik sebagai antara fokus utama YKN bagi tahun 2026.

Beliau turut menggesa warga kerja membudayakan urusan tanpa kertas, mengamalkan komunikasi yang berkesan serta mengekalkan budaya kerja profesional bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.