

SKUDAI, JOHOR, 8 Februari 2026 – Program Bantuan Sinar Cahaya (PBSC) MITRA telah dilaksanakan sempena Karnival Saham MITRA Edisi Johor sebagai usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat menerusi bantuan kebajikan dan pendedahan kepada literasi kewangan.
Program telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA), Encik Prabagaran a/l Ganapathy. Sepanjang program, seramai 408 keluarga menerima baucar bakul makanan keperluan asas, manakala 122 pelajar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menerima baucar bantuan persekolahan.
Program Bantuan Sinar Cahaya MITRA merupakan inisiatif Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Turut diadakan pendaftaran dalam talian bagi pelbagai bantuan di bawah PBSC MITRA untuk memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat dan membuat permohonan.



















