PROGRAM GOTONG-ROYONG MENGECAT SURAU AN NUR

SEMATAN, SARAWAK, 5 Februari 2026 – YKN Zon Sarawak bersama Ahli Jawatankuasa Surau, penduduk kampung dan sukarelawan YKN telah menjayakan Program Gotong-Royong Mengecat Surau An Nur di Kampung Terusan Jaya, Sematan.

Program ini melibatkan kerja-kerja pembersihan dan mengecat surau bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan kondusif untuk kegunaan komuniti setempat.

Selain menceriakan kemudahan awam, program ini turut mengeratkan hubungan antara YKN dan masyarakat serta memupuk semangat kerjasama dan kesukarelawanan dalam komuniti.