KUCHING, SARAWAK, 7 Februari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menganjurkan Program Khidmat Komuniti YKN menerusi aktiviti gotong-royong mengecat Surau Taman Sepakat Jaya di RPR Demak Laut, Kuching.

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI YKN CERIAKAN SURAU TAMAN SEPAKAT JAYA

KUCHING, SARAWAK, 7 Februari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menganjurkan Program Khidmat Komuniti YKN menerusi aktiviti gotong-royong mengecat Surau Taman Sepakat Jaya di RPR Demak Laut, Kuching.

Program ini melibatkan Ahli Jawatankuasa Surau, penduduk setempat dan sukarelawan YKN Zon Sarawak yang berganding bahu menceriakan persekitaran surau agar lebih bersih, selesa dan kondusif untuk kegunaan komuniti.

Diadakan sebagai persediaan menyambut Ramadan, program ini turut memperkukuh semangat kesukarelawanan serta mengeratkan kerjasama antara YKN dan masyarakat dalam memelihara kemudahan awam demi kesejahteraan komuniti.