PROGRAM MINDNESS TOUR KAUNSELING KASIH PSSS DAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

LUNDU, SARAWAK, 7 Februari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menganjurkan Program Mindness Tour Kaunseling Kasih PSSS “Kamek Nengar, Kamek Nulong” yang turut disertai dengan penyampaian Sumbangan Bakul Makanan sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Mahligai Gading, Lundu.

Program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN. Menerusi program ini, YKN memperluaskan akses kepada perkhidmatan sokongan psikososial di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat.

Pada majlis tersebut, sebanyak 100 Bakul Makanan telah disampaikan kepada keluarga yang memerlukan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.