PROGRAM MINDNESS TOUR KAUNSELING KASIH PSSS “KAMEK NENGAR, KAMEK NULONG” SANTUNI KOMUNITI SEMATAN

Sematan, Sarawak, 7 Februari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menganjurkan Program Mindness Tour Kaunseling Kasih PSSS “Kamek Nengar, Kamek Nulong” dan Khidmat Komuniti YKN di Surau An-Nur, Kampung Terusan Jaya, Sematan bagi memperkukuh kesejahteraan sosial dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN. Beliau menegaskan bahawa kesihatan mental perlu diberikan perhatian yang sama penting seperti kesihatan fizikal dalam membina kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat.

Selain aktiviti gotong-royong dan mengecat Surau An-Nur, program turut menyediakan perkhidmatan psikososial melalui Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS), termasuk kaunseling, khidmat nasihat dan sokongan emosi. Kaunselor YKN bersama LPPKN dan JKM turut mengadakan sesi perkongsian bagi memberi pendedahan mengenai perkhidmatan serta bantuan yang disediakan kepada masyarakat.