

KUCHING, SARAWAK, 15 Februari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menganjurkan Program Mindness Tour Kaunseling Kasih PSSS “Kamek Nengar, Kamek Nulong” di Surau Darussalam, Kampung Tabuan Lot bagi memperluaskan akses kepada perkhidmatan psikososial dan menyantuni komuniti menjelang Ramadan.
Program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN, diiringi Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Nordina Haron. Menerusi Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS), YKN menyediakan perkhidmatan kaunseling, sokongan psikososial, khidmat nasihat serta aktiviti mewarna untuk kanak-kanak melalui PSSS Bergerak.
Turut diadakan penyampaian bakul makanan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) sebagai persediaan menyambut Ramadan. Program turut diserikan dengan ceramah “Titik Perubahan Diri” yang disampaikan oleh Sahibul Fadhillah Dato’ Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi, Imam Besar Sarawak, anjuran YADIM Sarawak






















