SEMARAK SEMANGAT KEBERSAMAAN MELALUI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI DI KAMPUNG BINTAWA TENGAH

KUCHING, SARAWAK, 16 Januari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) meneruskan usaha mendekati komuniti melalui Program Khidmat Komuniti YKN di Kampung Bintawa Tengah dengan aktiviti gotong-royong membersihkan dan mengecat Surau Darul Ehsan.

Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Nordina Haron bersama Ahli Jawatankuasa Surau, penduduk kampung dan sukarelawan YKN turut berganding bahu menjayakan aktiviti tersebut bagi menceriakan serta mewujudkan persekitaran surau yang lebih selesa.

Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti setempat, malah menjadi platform memperkukuh hubungan silaturahim, semangat sukarelawan dan jalinan kerjasama antara YKN bersama masyarakat.