YKN BAWA WAGON KIOSK KASIH KE KARNIVAL AGRO FAMA

SELAYANG, SELANGOR, 13–15 Februari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dengan kerjasama Kolej Komuniti Selayang telah menyediakan perkhidmatan Wagon Kiosk Kasih Barber dan Wagon Kiosk Kasih Alteration sempena Karnival Agro FAMA di Dataran Ilmu, Selayang.

Sepanjang tiga hari penganjuran, Wagon Kiosk Kasih Barber menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma, manakala Wagon Kiosk Kasih Alteration menyediakan perkhidmatan ubah suai pakaian kepada komuniti setempat. Secara keseluruhan, lebih 100 orang telah menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Program ini bertujuan membantu meringankan kos sara hidup masyarakat, di samping memberi peluang kepada peserta Kiosk Kasih meningkatkan kemahiran dan pengalaman melalui penyampaian perkhidmatan secara terus kepada komuniti.