

PUTRAJAYA, 28 Januari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Alliance Islamic Bank Berhad bagi memperkukuh kerjasama strategik yang telah terjalin sejak 13 tahun lalu.
Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai program kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah dilaksanakan secara kolaboratif demi manfaat golongan yang memerlukan.
Sesi perbincangan ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka peluang kerjasama baharu yang mampu memberikan impak sosial yang lebih besar kepada masyarakat.
YKN menghargai sokongan dan komitmen berterusan Alliance Islamic Bank Berhad dalam menjayakan pelbagai inisiatif kebajikan serta pembangunan komuniti di negara ini.





