

PETALING JAYA, SELANGOR, 16 Februari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Yayasan Sime Darby (YSD) telah mengadakan Mesyuarat Kolaborasi Tahun 2026 bagi membincangkan kerjasama strategik dalam memperkukuh pelaksanaan program kebajikan dan sokongan psikososial.
Mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Nordina Haron, bersama pasukan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) memberi tumpuan kepada penyelarasan pelaksanaan projek PSSS, termasuk pembahagian peranan dan tanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan program yang lebih berkesan.
Turut dibincangkan ialah cadangan memperluaskan perkhidmatan PSSS kepada warga kerja Sime Darby di seluruh negara serta potensi kerjasama dalam pelbagai inisiatif lain yang akan diselaraskan pada peringkat seterusnya





