ZIARAH KASIH YKN

KUCHING, SARAWAK, 21 Februari 2026 – YKN meneruskan komitmennya dalam menyantuni golongan yang memerlukan menerusi Program Ziarah Kasih di Kampung Selabat, Kuching.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, bersama Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Nordina Haron, telah menyampaikan Bantuan Kasih Prihatin (BKP) kepada sebuah keluarga yang ketua keluarganya menghidap kanser paru-paru tahap empat dan mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah.

Keluarga tersebut bergantung sepenuhnya kepada pendapatan isteri yang bekerja di sebuah kilang bagi menampung keperluan harian serta kos rawatan. Bantuan yang disalurkan diharap dapat meringankan beban kewangan dan memberi sokongan kepada keluarga dalam menghadapi ujian tersebut.