Program Wanita Dinamik
Program ini bertujuan membantu golongan suri rumah dan wanita daripada kategori B40 menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan. Peserta didedahkan kepada ilmu dan motivasi perniagaan melalui perkongsian pengalaman oleh usahawan yang berjaya membina empayar perniagaan bermula dari perusahaan kecil-kecilan. Kejayaan program ini telah menarik minat pihak swasta dan korporat melalui sokongan dan peluang kerjasama bagi membantu wanita khususnya dalam perniagaan yang diceburi melalui bimbingan, latihan, atau peluang rangkaian perniagaan.