Bantuan Rawatan Dialisis
Bantuan Rawatan Dialisis merupakan inisiatif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi membantu pesakit buah pinggang yang miskin dan tidak berkemampuan mendapatkan rawatan dialisis secara berterusan.
Informasi Lanjut
Melalui bantuan ini, YKN menyediakan kemudahan rawatan dialisis di pusat-pusat dialisis terpilih seluruh negara dengan perkongsian strategik bersama operator pusat dialisis, disokong oleh sumbangan orang ramai, sektor korporat serta bantuan kerajaan.
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk menjamin kesinambungan rawatan bagi pesakit yang memerlukan, di samping meningkatkan kualiti hidup mereka agar dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.