Program Khidmat Komuniti
Program Khidmat Komuniti merupakan komitmen berterusan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik ke arah peningkatan kesejahteraan hidup.
Informasi Lanjut
YKN telah memberi tumpuan kepada pelbagai kumpulan sasar seperti golongan gelandangan, melalui pelaksanaan program intervensi sosial, dan golongan B40, melalui bimbingan keusahawanan serta peluang menjana pendapatan menerusi inisiatif ekonomi komuniti.
Inisiatif ini sejajar dengan enam fokus utama Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG), yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial, ekonomi dan kelestarian alam sekitar bagi memastikan kesejahteraan hidup yang inklusif dan mampan untuk semua.