Wanita Bangkit Bersasar

Program Wanita Bangkit Bersasar @KPWKM (WBB) memberi peluang kedua kepada banduan wanita dengan menyediakan sokongan berstruktur untuk membantu mereka membina semula kehidupan selepas dibebaskan daripada penjara.

Program WBB dilaksanakan melalui dua inisiatif utama:

Kit Dinamik YKN @ KPWKM

Bantuan kit peralatan yang diberikan kepada prospek wanita untuk memulakan perniagaan mengikut kemahiran dan minat.

Anjung WBB YKN @ RPKK Sabah

Sebuah rumah perantaraan sementara menempatkan prospek wanita untuk mengikuti latihan dan kemahiran serta bimbingan perniagaan bagi membina semula keyakinan diri disamping membuka peluang untuk menjana pendapatan secara berdikari