Wanita Bangkit Bersasar
Program Wanita Bangkit Bersasar @KPWKM (WBB) memberi peluang kedua kepada banduan wanita dengan menyediakan sokongan berstruktur untuk membantu mereka membina semula kehidupan selepas dibebaskan daripada penjara.
Program WBB dilaksanakan melalui dua inisiatif utama:
Kit Dinamik YKN @ KPWKM
Bantuan kit peralatan yang diberikan kepada prospek wanita untuk memulakan
perniagaan mengikut kemahiran dan minat.
Anjung WBB YKN @ RPKK Sabah
Sebuah rumah perantaraan sementara menempatkan prospek wanita untuk mengikuti latihan dan kemahiran serta bimbingan perniagaan bagi membina semula keyakinan diri disamping membuka peluang untuk menjana
pendapatan secara berdikari