ANJUNG SINGGAH PERAK JADI HAB AGIHAN MAKANAN BERPUSAT DI IPOH

Ipoh, 15 Jun 2026 – Anjung Singgah Perak kini berfungsi sebagai pusat sehenti agihan makanan berpusat kepada golongan gelandangan di Bandaraya Ipoh bagi memastikan bantuan disalurkan secara lebih tersusun, sistematik dan berkesan.

PROGRAM SAHABAT PSSS YKN PERKASA MAHASISWA SEBAGAI EJEN SOKONGAN KOMUNITI

Kuching, 7 Jun 2026 – Paradise Beach Trombol, Kuching menyaksikan semangat kesukarelawanan, kepedulian sosial dan kecintaan terhadap alam sekitar diterjemahkan melalui Program Pengenalan Sahabat PSSS YKN: Mahasiswa Prihatin & Jejak Hijau:Selamatkan Pantai dan Laut Kita.

22 PESERTA MULAKAN LANGKAH BAHARU MELALUI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN PENEMPATAN KERJAYA YKN

Kulim, 4 Jun 2026 – Seramai 22 peserta telah mendaftar untuk menyertai Program Latihan Kemahiran dan Penempatan Kerjaya yang dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Public Islamic Bank Berhad (PIBB) dan Kulim Hi-Tech Park Skills Centre (KHTPSC).

PROGRAM IBADAH KORBAN SEMPENA AIDILADHA 1447H SANTUNI KOMUNITI TAMAN MESRA BAKO

KUCHING, SARAWAK, 28 Mei 2026 (Khamis) – YKN telah menganjurkan Program Ibadah Korban sempena Sambutan Aidiladha 1447H dengan kerjasama dan sokongan Syarikat Hyraxx Oil Sdn. Bhd. serta Shapadu Energy Services di Surau Al Falah, Taman Mesra Bako.

KELAB STAF YKN ANJUR MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA AIDILADHA

PUTRAJAYA, 22 Mei 2026 – Kelab Staf YKN telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sebagai salah satu pengisian rohani bagi menyemarakkan semangat kebersamaan serta membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha.

PROGRAM BOOT CAMP TRANSISI DINAMIK ANJUNG SINAR 2026 PERKASA TVET DAN LATIHAN KEMAHIRAN ANAK-ANAK LEPASAN INSTITUSI JKM

Serdang, 19 Mei 2026 – Program Boot Camp Transisi Dinamik Anjung Sinar 2026 terus memperkukuh usaha memperkasa anak-anak lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui peluang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), latihan kemahiran dan penempatan kerjaya.