BOOT CAMP TRANSISI DINAMIK ANJUNG SINAR 2026

SERDANG, SELANGOR, 16–19 Mei 2026 – YKN telah menganjurkan Program Boot Camp Transisi Dinamik Anjung Sinar 2026 yang menghimpunkan seramai 116 orang peserta dalam kalangan anak-anak institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Program

TIMBALAN MENTERI KPWKM TINJAU PENGOPERASIAN ANJUNG KASIH YKN HOSPITAL PULAU PINANG

PULAU PINANG, 13 Mei 2026  – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Lim Hui Ying telah mengadakan lawatan kerja dan sesi libat urus ke Anjung Kasih YKN Hospital Pulau Pinang bagi meninjau pengoperasian kemudahan yang menyediakan penginapan sementara secara percuma kepada waris pesakit dan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan.

YKN, PIBB DAN KHTPSC PERKASA ANAK KUMPULAN SASAR MELALUI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN PENEMPATAN KERJAYA

KULIM, 12 Mei 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) meneruskan kerjasama strategik dengan Public Islamic Bank Berhad (PIBB) dan Kulim Hi-Tech Park Skills Centre (KHTPSC) melalui Program Latihan Kemahiran dan Penempatan Kerjaya bagi membuka peluang pembangunan kemahiran serta laluan kerjaya kepada anak-anak kumpulan sasar YKN.

ANJUNG DINAMIK DIPERKENAL SEBAGAI HAB SOSIAL HOLISTIK, PERKASA GOLONGAN RENTAN KE ARAH BERDIKARI

Dengkil, 4 Mei 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) memperkenalkan Anjung Dinamik – Hab Sosial YKN, sebuah inisiatif strategik yang memfokuskan kepada pemerkasaan komuniti secara bersepadu, sempena lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

MESYUARAT LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YKN BINCANG HALA TUJU STRATEGIK PERKHIDMATAN KEBAJIKAN

DENGKIL, 4 Mei 2026 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YKN Bil. 1/2026 bagi membincangkan hala tuju strategik serta perancangan jangka pendek dan jangka panjang YKN.

PROGRAM YKN KASIH RAMADAN: HER JOURNEY PERKASA REMAJA MELALUI INTERVENSI HOLISTIK

KUALA LUMPUR, 24–25 Februari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menganjurkan Program YKN Kasih Ramadan: HER Journey, sebuah program intervensi sosial yang menghimpunkan 100 remaja perempuan berusia 15 hingga 19 tahun daripada institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan peserta Anjung Sinar YKN.