KELAB STAF YKN PERKUKUH UKHUWAH DAN KEBAJIKAN WARGA KERJA MELALUI MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN

BANTING, SELANGOR, 21 Januari 2026 – Kelab Staf Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menganjurkan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kelab Staf YKN Sesi 2026/2027 yang berlangsung dengan lancar.

SANTUNI KOMUNITI KAMPUNG BINTAWA TENGAH MELALUI JELAJAH KASIH PSSS

KUCHING, SARAWAK, 17 Januari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) meneruskan usaha mendekati masyarakat melalui Program Khidmat Komuniti YKN dan Jelajah Kasih Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) “Kamek Nengar, Kamek Nulong” di Surau Darul Ehsan, Kampung Bintawa Tengah.

SEMARAK SEMANGAT KEBERSAMAAN MELALUI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI DI KAMPUNG BINTAWA TENGAH

KUCHING, SARAWAK, 16 Januari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) meneruskan usaha mendekati komuniti melalui Program Khidmat Komuniti YKN di Kampung Bintawa Tengah dengan aktiviti gotong-royong membersihkan dan mengecat Surau Darul Ehsan.

YKN BAWA PERKHIDMATAN PSSS SANTUNI KOMUNITI KAMPUNG BUNTAL MELALUI INISIATIF KAMPUNG ANGKAT MADANI

KUCHING, SARAWAK, 15 Januari 2026 – Yayasan Kebajikan Negara (YKN) meneruskan komitmen menyantuni masyarakat melalui penyertaan dalam Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Kampung Buntal, Kuching yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

YKN DAN UNIMEL TEROKA PELUANG KERJASAMA STRATEGIK DALAM PEMBANGUNAN INSAN

KUALA SUNGAI BARU, MELAKA, 12 Januari 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Puan Nordina Haron bersama pegawai Bahagian Projek dan Pembangunan Insan serta kakitangan YKN Zon Selatan telah mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

ELLA SERAH SUMBANGAN RM100,000 KEPADA YKN PADA PERHIMPUNAN BULANAN KPWKM

PUTRAJAYA, 8 Januari 2026 – Majlis Apresiasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Perhimpunan Bulanan Bilangan 1 Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh bermakna apabila Ratu Rock Negara, Ella, menyerahkan sumbangan pakaian jenama Rockqueen bernilai RM100,000 kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN).